Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengagihkan daging korban di padang Wisma MBSA, Shah Alam pada 30 Jun 2023. Foto MBSA
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSA agih daging korban kepada 616 asnaf, kakitangan

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 30 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengagihkan daging korban kepada 616 orang termasuk asnaf dan kakitangan sempena Majlis Korban Perdana di padang Wisma MBSA hari ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA berkata 366 kakitangan terlibat menyembelih serta melapah 14 ekor lembu dan dua ekor kambing dalam majlis itu.

“Seekor daripada lembu korban itu disumbangkan Kerajaan Negeri. 13 ekor lembu dan dua ekor kambing dikongsi 74 peserta korban,” kata Shahrin Ahmad ketika dihubungi hari ini.

Sebahagian kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bertugas dalam Majlis Korban Perdana di padang Wisma MBSA, Shah Alam 30 Jun 2023. Foto : MBSA

Menurut beliau agihan daging korban tersebut diberikan kepada 100 asnaf di Pangsapuri PPR Kampung Baru Hicom dan 100 asnaf kariah Masjid Padang Jawa.

“Turut menerima agihan ialah 366 kakitangan MBSA yang bertugas dalam majlis korban serta 50 pekerja pembersihan dan buruh awam MBSA,” tambahnya.

Timbalan Setiausaha Pengurusan MBSA Asma Mohd Zin, Ahli Majlis dan pengurusan tertinggi turut bergotong royong melapah daging korban bersama kakitangan dalam majlis yang berakhir pukul 11.30 pagi.


Pengarang :