Penduduk bergoyong-royong melapah daging korban pada Program Ziarah Korban di Padang Kampung Sungai Pusu, Gombak pada 1 Julai 2023. FOTO/MOHD KHAIRUL HELMY BIN MOHD DIN/SELANGORKINI
SELANGOR

Erat silaturahim, penduduk harap program ziarah korban diterus tahun depan

Oleh Najamuddin Mohd Nor

GOMBAK, 2 JULAI: Penduduk Taman Berlian di sini berharap program Jelajah Ziarah Korban Parlimen Gombak yang berlangsung semalam dapat diteruskan tahun depan.

Naib pengerusi jawatankuasa penduduk berkata selain dapat melaksanakan ibadat korban, penduduk juga dapat mengeratkan ukhwah dan menyemai semangat gotong-royong.

“Terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar yang juga ahli parlimen Gombak. Tahun ini kami telah menerima dua ekor lembu untuk tujuan ibadat korban.

“Daging-daging korban ini dapat juga diberikan kepada gokongan yang kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggal dan orang kelainan upaya,” kata Dr Dalilah Zakaria.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua dari kiri) dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhammad menikmati hidangan makan tengah hari  pada program Ziarah Korban di Padang Kampung Sungai Pusu. Gombak pada 1 Julai 2023. FOTO/MOHD KHAIRUL HELMY BIN MOHD DIN/SELANGORKINI

Terdahulu, Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhammad tiba di lokasi jam 1.40 tengahari bagi menyempurnakan pengagihan daging korban kepada kira-kira 70 penerima yang layak.

Sebelum itu, Dato’ Menteri Besar dan isteri dijamu juadah istimewa iaitu sup tulang yang dimasak secara bergotong-royong oleh kira-kira 100 penduduk.

 


Pengarang :