PBTSELANGOR

Hanya RM10 jika bayar saman parkir MBSA dalam tempoh 24 jam

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 4 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan kompaun tempat letak kereta RM10 kepada orang ramai yang membuat pembayaran dalam masa 24 jam dari tempoh saman dikeluarkan.

Bagaimanapun, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya Mohd Azhar Mohd Sharif memaklumkan tawaran tersebut tidak terpakai untuk kompaun tempat letak kenderaan dua jam.

“Pengurangan kompaun ini merupakan inisiatif MBSA untuk menggalakkan orang ramai membayar tunggakan kompaun sebelum tindakan tegas dikenakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya orang ramai boleh membuat pembayaran kompaun di kaunter utama Wisma MBSA, pejabat cawangan dan melalui saluran JomPay.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Kewangan MBSA di talian 03-55105133 sambungan 1658, 1540, 1521 dan 1757 atau layari portal MBSA di eps.mbsa.gov.my.


Pengarang :