PBTSELANGOR

Semak tunggakan bil MPS lebih mudah, pantas di portal My-Esim

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 4 JULAI: Orang ramai terutama peniaga dan pemilik bangunan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kini boleh menyemak tunggakan bil di portal My- Esim.

Jabatan Korporat MPS memaklumkan semakan itu perlu dibuat bagi memastikan mereka tidak mempunyai tunggakan bil sebelum memperbaharui lesen perniagaan, permit bangunan dan sebagainya.

“MPS hanya akan memproses permohonan jika pemohon tidak mempunyai tunggakan bil.

“Sekiranya ada mereka perlu menyelesaikan semua tunggakan bil tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang ingin membuat semakan bil boleh melayari pautan www.my-esim.mps.gov.my.

Portal My-Esim sebelum ini diwujudkan untuk kegunaan kakitangan jabatan di MPS menyemak tunggakan bil sebelum memproses setiap permohonan yang diterima daripada orang ramai.


Pengarang :