OLEH NAJAMUDDIN MOHD NOR
SHAH ALAM, 5 JULAI: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyerahkan 50 set kit jenazah kepada pengurusan Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Klang.
Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata sumbangan bertujuan meringankan beban ahli kariah yang kurang berkemampuan dalam menguruskan kematian ahli keluarga.
“Mewakili Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Selangor Incorporated, saya menyerahkan sumbangan 50 set kit jenazah kepada pengurusan masjid yang diwakili oleh Ustaz Ahmad Shauqie.
“Sumbangan ini boleh diberikan kepada waris bagi jenazah yang kurang berkemampuan untuk menguruskan jenazah ahli keluarga tercinta,” katanya di Facebook, hari ini.
Menurut Ahmad Azri pihaknya juga bercadang untuk meneruskan sumbangan seumpama ini di kawasan-kawasan lain yang memerlukan.