Penduduk tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika Jualan Ehsan Rahmah DUN Bukit Antarabangsa di tapak pasar malam Ukay Perdana, Ampang Jaya pada 27 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jualan murah di Karnival Perpaduan Madani tawar 1,500 ayam, 600 papan telur

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 6 JULAI: Jualan murah sempena Karnival Perpaduan Madani Kita Selangor esok menawarkan lebih banyak barangan asas termasuk 1,500 ayam dan 600 papan telur.

Ketua Komunikasi Strategik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Gaddafi Musli berkata Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Laman Niaga Komuniti, Bandar Baru Bangi dari 5 petang hingga 8 malam.

“Kita juga menawarkan 600 kampit beras, 400 pek ikan, 400 pek daging dan 150 botol minyak masak.

“Selain itu kita turut menjual 10 barangan kering jenama Ehsan antaranya tepung, sardin dan bihun,” katanya ketika dihubungi.

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal beku (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Program kesinambungan Jelajah Ehsan Rakyat sebelum ini menawarkan harga 30 peratus lebih rendah daripada pasaran untuk membantu penduduk berpendapatan rendah berjimat.

Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum di Facebook PKPS atau pautan http://linktr.ee/myPKPS

 


Pengarang :