Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berucap pada [erasmian Perpustakaan Peringatan Siddiq Fadzil di Unisel Kampus Bestari Jaya pada 6 Julai 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PRN: Pemilihan calon wanita KEADILAN selesai, tunggu dimuktamad pimpinan tertinggi

OLEH DIANA ABD WAHAB

KUALA SELANGOR, 6 JULAI: Proses pemilihan calon wanita mewakili Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam enam pilihan raya negeri (PRN) selesai dan hanya menunggu untuk dimuktamadkan.

Ketua Wanitanya Fadhlina Sidek turut berharap kuota 30 peratus yang diperuntuk untuk sayap wanita dapat dipenuhi dan dipersetujui kepimpinan tertinggi parti dalam mesyuarat kelak.

“Proses pemilihan calon wanita KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah selesai dan kita hanya tunggu untuk dimuktamadkan sebelum hari penamaan calon.

“Kita akan pertahankan kuota (30 peratus) itu, namun kalau dapat lebih (kerusi untuk diberikan kepada calon wanita) kita terima,” katanya ditemui dalam sebuah majlis di sini hari ini.

SPR menetapkan 12 Ogos sebagai hari mengundi bagi enam negeri iaitu Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai, sementara pengundian awal pada 8 Ogos.

 


Pengarang :