Antara peserta Konvensyen Pengukuhan Akidah Islam di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri, Shah Alam pada 6 Julai 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jais seru umat Islam tolak fahaman bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah

SHAH ALAM, 6 JULAI: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyeru umat Islam negeri ini menolak semua aliran yang bercanggah dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Pengarahnya Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad berkata Jais sebagai agensi pelaksana Islam negeri sentiasa menganjur program pengukuhan bagi menjelaskan akidah Islam sebenar.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad berucap pada Majlis perasmian Konvensyen Pengukuhan Akidah Islam di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri, Shah Alam pada 6 Julai 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Kelahiran kumpulan ASWJ berpandu hukum daripada al-Quran yang dibawa Rasulullah, ijtihad sahabat, ijmak dan qiyas yang turut menjadi pendirian majoriti umat Islam seluruh dunia.

“Jais akan terus berpegang, menyatakan dan menerangkan sikap dan pendiriannya berdasarkan fakta serta rujukan ASWJ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvesyen Pengukuhan Akidah Islam di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Negeri di sini, hari ini.

Konvesyen tahunan dengan tema Memartabatkan Akidah ASWJ dihadiri lebih 600 peserta yang terdiri daripada kakitangan awam, pelajar dan pemimpin masyarakat.

Antara peserta Konvensyen Pengukuhan Akidah Islam di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri, Shah Alam pada 6 Julai 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Shahzihan menambah, pihaknya bersyukur berikutan pendirian tegas Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam memartabatkan agama Islam yang sempurna.

Menurutnya, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sentiasa menyokong usaha Jais untuk merealisasi ‘khaira ummah’ serta melahirkan masyarakat Islam yang bertakwa.

“Kita bersyukur kerana Sultan Selangor sebagai ketua agama, sangat tegas dan sangat berpendirian dalam soal Islam yang sempurna. Ia selari dengan matlamat Jais,” katanya.


Pengarang :