Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama jentera pilihan raya DUN Sungai Tua pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perpaduan DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves pada 9 Julai 2023. FOTO/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pengundi diseru tolak pemimpin asyik berpolitik, tiada usaha majukan negeri

GOMBAK, 10 JULAI: Dato’ Seri Amirudin Shari mengajak pengundi di parlimen Gombak menolak pihak yang hanya mementingkan politik berbanding pembangunan negeri.

Tanpa menyebut nama, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) negeri berkata pentadbiran diterajui sejak 15 tahun lalu perlu dipertahan demi memulihkan ekonomi negara selepas penularan Covid-19.

“Mereka sekarang cuba sungguh-sungguh nak rampas, ambil Selangor. Tengok apa ketua mereka di Selangor sebut? Kita menang hari ini, esok perdana menteri turun. Tak ada kena mengena dengan parlimen.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama jentera pilihan raya DUN Sungai Tua pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perpaduan DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves pada 9 Julai 2023. FOTO/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Kamu ni tak ada kerja lain ke? Nak tukar perdana menteri, kerajaan setiap tiga empat bulan. Kelam kabut, haru-biru. Negara kita ni kerja tukar-tukar perdana menteri.

“Ekonomi tak tentu hala. Orang ni masih tak insaf sebab kerjanya menang Selangor nak gunakan rizab, jadikan program politik. Bukan nak majukan tapi main politik. Sebab tu kena pertahankan Selangor,” katanya.

Beliau berucap ketika pelancaran jentera pilihan raya perpaduan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua bagi mendepani pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Pada Jun, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berundur sekiranya Selangor dirampas pada pilihan raya negeri 12 Ogos ini.


Pengarang :