Orang ramai mendaftar sebelum menjalani temu duga dalam program Selangor Mega Job Fair 2022 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 11 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Mohon pelbagai jawatan kosong di Selangor Kerjaya hujung bulan ini

Oleh Nina Farzuin Md Sharom

SHAH ALAM, 11 JULAI: Pencari kerja dipelawa memohon pelbagai jawatan kosong menerusi program Selangor Kerjaya di Ruang Shah Alam, Seksyen 16 pada 29 Julai ini.

Selain temu duga terbuka pelbagai aktiviti turut disediakan kepada pengunjung antaranya perkhidmatan kaunseling kerjaya dan cabutan bertuah.

Pengunjung diminta mendaftar terlebih dahulu di laman sesawang Selangor Kerjaya yang mana 100 peserta terawal akan menerima ‘goodies bag’.

Orang ramai mengunjungi pameran kerjaya sempena Jelajah Selangor Bekerja 2021 di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 6 November 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Peserta juga diminta menyelesaikan ujian kendiri dan membawa salinan resume serta memakai pakaian bersesuaian ketika menghadiri program yang bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Selangor Kerjaya melalui media sosial atau e-mel ke [email protected]


Pengarang :