Peserta menyertai pertandingan e-sukan Mobile Legend anjuran DUN Sementa pada 9 Julai 2023. Foto ihsan Pejabat DUN Sementa
ADNSELANGOR

Lebih 100 peserta sertai pertandingan e-sukan anjuran DUN Sementa

SHAH ALAM, 11 JULAI: Seramai 120 peserta menyertai pertandingan e-sukan, Santai Mobile Legend anjuran pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa.

Penyelaras DUN Sementa Afrishah Azizi berkata selain mengumpul penggemar permainan sukan maya, program tersebut antara pendekatan pihaknya mendekati golongan muda.

“Menerusi pertandingan ini, anak muda dapat dihimpunkan dibawah minat sama tanpa mengira perbezaan agama.

“Susulan sambutan menggalakkan, kita bercadang untuk menganjurkan program sama dengan lebih besar,” katanya kepada Selangorkini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya juga mempergiatkan program Ziarah Prihatin Sementa dengan melawat golongan warga emas dan kurang berkemampuan.

“Alhamdulillah, aktiviti ziarah masih diteruskan dan kita berharap bantuan bakul makanan diagihkan dapat meringankan beban mereka,” katanya.


Pengarang :