Ilustrasi tangkapan penjenayah. Grafik Media Selangor
AGENDANASIONAL

Bapa ditangkap rogol anak kandung sejak 2017 hingga hamil

SHAH ALAM, 12 JULAI: Polis semalam menangkap seorang bapa yang didakwa merogol kedua-dua anaknya berusia 12 dan 15 tahun di Muar sejak 2017, hingga seorang daripadanya hamil.

Ketua polis daerah Muar berkata tangkapan dibuat selepas mangsa berusia 15 tahun mengadu sakit dada sebelum menjalani pemeriksaan di hospital dan disahkan hamil, lapor Berita Harian.

“Suspek direman seminggu bermula semalam. Polis sedang merekodkan keterangan mangsa untuk melengkapkan siasatan,” kata Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz seperti dilaporkan portal itu.

Menurut laporan berkenaan, lelaki berusia 53 tahun itu dipercayai merogol kedua-dua anaknya di rumahnya sendiri di Jeram dan menjadikan mereka sebagai hamba seks sejak enam tahun lalu.

Difahamkan, mangsa tidak berani menceritakan kejadian terbabit kepada sesiapa dengan kejadian terakhir dilaporkan berlaku awal bulan ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 30 tahun dan maksimum 10 sebatan jika sabit kesalahan.


Pengarang :