PBTSELANGOR

MPAJ: Syarat perbaharui lesen, tandas premis makanan mesti capai empat bintang

Oleh Juliana Johar

SHAH ALAM, 12 JULAI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hanya meluluskan pembaharuan lesen premis makanan jika kebersihan tandas awam mencapai tahap empat bintang ke atas.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan Kempen Kebersihan Tandas Premis Makanan dijalankan bermula tahun ini sehingga 2024 manakala syarat lesen premis itu akan dikuat kuasa mulai 2025.

“Program ini dijalankan bagi mewujudkan tandas berstatus bersih, menawan dan wangi di bawah seliaan MPAJ. Pengusaha disarankan untuk membaik pulih taraf tandas di premis perniagaan masing-masing.

“Pengusaha juga digalakkan untuk sentiasa melakukan proses sanitasi dan disinfeksi bagi memastikan kebersihan tandas berada pada tahap paling tinggi selaras dengan motto Tandas Bersih, Komuniti Sihat,” katanya menerusi kenyataan.


Pengarang :