PBTSELANGOR

MPKL lanjut tawaran kompaun parkir serendah RM15 hingga hujung tahun

Oleh Fhatihah Zakinan

SHAH ALAM, 13 JULAI: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) melanjutkan tempoh tawaran pengurangan kompaun Tempat Letak Kereta (LTK) serendah RM15, hingga 31 Disember tahun ini.

Menurut MPKL di Facebooknya, kadar tawaran kompaun itu tertakluk bagi kesalahan yang berlaku bagi tempoh tahun 2022 dan sebelumnya, manakala RM10 dalam tempoh 24 jam.

“Jangan lepaskan peluang untuk menjelaskan kompaun tertunggak anda pada tawaran harga yang istimewa sebelum tindakan mahkamah diambil,” katanya.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata, orang ramai boleh membuat pembayaran kompaun aplikasi Smart Parking Selangor atau di kaunter bayaran MPKL.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Warden Lalulintas, Jabatan Penguatkuasaan MPKL di talian 03-31811809 atau 012-300 4897.


Pengarang :