Oleh JULIANA JOHAR
SHAH ALAM, 15 JULAI: Peniaga kecil dan penjaja di tapak penjaja sementara Bandar Baru Sungai Buloh di sini berharap Kerajaan Negeri sedia ada dikekalkan supaya pemberian pelbagai skim bantuan dapat diteruskan.
Peniaga pisang goreng, Suhaini Sharif, 36 berkata beliau bersyukur kerana pentadbiran Dato’ Menteri Besar hanya mengenakan bayaran lesen penjaja RM30 sebulan berbanding RM150 ketika era kerajaan terdahulu.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/07/IMG_6511-500x375.jpeg.webp)
“Sebulan kami hanya perlu bayar RM30 sahaja… bermaksud tapak ini dikenakan sewa RM1 sahaja sehari, ia memang sangat membantu.
“Saya juga harapkan agar kawasan ini dapat dinaik taraf menjadi tapak penjaja kekal sebab ia adalah lokasi strategik hab makanan untuk penduduk sekitar,” katanya kepada Selangorkini.
Peniaga putu piring, Shaiful Hisham, 47, pula berterima kasih dengan kepimpinan Dato’ Seri Amirudin yang sentiasa prihatin dengan kebajikan peniaga kecil.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/07/IMG_6516-500x375.jpeg.webp)
“Bagi saya tidak perlu tukar kerajaan sebab banyak bantuan diberi di bawah pemerintahan beliau.
“Banyak bantuan yang diberikan seperti pinjaman mikro kredit skim Hijrah Selangor bagi membantu kami mengembangkan perniagaan serta menambah modal.
“Saya pun sudah lapan tahun memanfaatkan skim tersebut dan diharapkan ia dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/07/IMG_6509-500x375.jpeg.webp)
Manakala penjual masakan panas, Zamzuri Zulkifli, , 51, berhasrat menukar kawasan mengundi setelah hampir dua dekad bermastautin di Selangor kerana berpuas hati dengan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap peniaga kecil.
“Sebenarnya dah hampir 20 tahun saya tinggal menetap di Selangor bersama keluarga dan untuk PRN (pilihan raya negeri) kali ini memang saya akan tukar alamat… sebelum ini masih guna alamat di kampung di Parit Buntar, Perak.
“Saya memang sangat berterima kasih dengan Kerajaan Negeri yang sentiasa menjaga kebajikan setiap penduduknya, lebih-lebih lagi golongan penjaja kecil seperti kami yang tidak mempunyai gaji tetap. Banyak bantuan yang diberikan mampu memberikan manfaat buat kami selama ini,” katanya.