Orang ramai membeli barangan asas ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) Parlimen Selayang di Kampung Baru Kundang pada 15 Julai 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Nasi himpit dapat pujian kerana guna beras jenama Ehsan

Oleh AZIAN AZIZ

GOMBAK, 15 JULAI: Beras yang dibeli di Jualan Ehsan Rahmah (JER) membantu seorang peniaga sate menghasilkan nasi himpit yang sedap sehingga mendapat pujian pelanggan.

Sarina Jaini, 40, dari Kampung Baru Kundang mengakui sejak menggunakan beras jenama Ehsan, nasi himpit buatannya mendapat banyak permintaan.

“Syukur dapat beli barangan berkualiti dengan harga murah dan nasi himpit saya juga dapat pujian sekali gus bantu tingkatkan jualan.

Penjual sate, Sarina Jaini

“Terima kasih Kerajaan Negeri kerana anjur jualan seperti ini,” katanya ketika ditemui di JER Kampung Baru Kundang, Kuang di sini hari ini.

Sarina yang lebih 10 kali berbelanja di JER berharap Kerajaan Negeri sedia ada dikekalkan agar JER dapat diteruskan.

Manakala peniaga kuih, Nurulhana Abdullah, 29, pula sukakan kualiti telur dan minyak masak yang dijual.

Peniaga kuih, Nurulhana Abdullah

“Telur dan minyak masak yang dijual tahan lama. Begitu juga barangan lain yang harganya sangat berbaloi dan membantu meringankan belanja dapur.

“Mana nak dapat harga seperi itu di tempat lain,” tambahnya yang turut berharap jualan barangan kering dapat diperluaskan ke semua lokasi JER.

Inisiatif untuk meringankan beban rakyat itu menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

PKPS juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :