Sebahagian peserta yang menghadiri temu duga ketika program Jelajah JobCare di Dewan Utama Demesne, Hulu Langat pada 21 Mei 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jelajah JobCare dijadual semula Ogos, buka peluang kerja buat OKU

SHAH ALAM, 20 JULAI: Jelajah JobCare yang bakal menjelajah ke sembilan daerah di Selangor dijadual semula akhir Ogos ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN).

Bermula di Petaling, Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor memaklumkan program itu menawarkan 10,000 peluang pekerjaan antaranya dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan logistik.

Menurut Ketua Penyelarasnya Vijayan Subramaniam, peluang kerja tidak hanya terhad kepada belia, sebaliknya terbuka kepada pelbagai peringkat umur termasuk Orang Kurang Upaya (OKU).

“Jadi, mereka yang sedang mencari pekerjaan dialu-alukan untuk hadir dan hebahan akan dibuat apabila tarikh sebenar sudah ditetapkan kelak,” katanya ketika dihubungi.

Vijayan menambah sekurang-kurangnya 20 majikan daripada pelbagai syarikat dan agensi akan berada di lokasi untuk menjalankan temu duga bersama peserta program.

Inisiatif dengan kerjasama kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu antara lain turut menawarkan peluang pekerjaan dalam bidang pengangkutan, kesihatan serta hospitaliti.

Jelajah JobCare adalah inisiatif Kerajaan Selangor bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang.

 


Pengarang :