Salah seorang pengunjung yang membeli barangan pada Jualan Ehsan Rahmah Parlimen Kota Raja di Kampung Johan Setia, Klang pada 20 Julai 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Meski hujan renyai, 500 penduduk Kota Raja beratur beli barangan PKPS

KLANG, 20 JULAI: Kira-kira 500 penduduk menyertai Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Balai Raya Penghulu Johan Setia di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata meskipun hujan renyai dan cuaca mendung, penduduk tetap beratur walaupun kaunter hanya dibuka pada 10 pagi.

“Ada yang datang seawal 8 pagi. Mereka sanggup tunggu sebab risau sekiranya bekalan jualan terutama ayam habis. Tapi kita pastikan semua yang datang dapat beli ayam.

“Hasil pemerhatian kita dapati ayam, telur dan beras antara produk yang mendapat permintaan ramai. Walaupun murah tetapi berkualiti,” katanya ketika meninjau jualan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi membantu persiapan Jualan Ehsan Rahmah (JER) Parlimen Kota Raja di Kampung Johan Setia, Klang pada 20 Julai 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Mulai 15 Julai, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mula menjual minyak masak paket satu kg pada harga serendah RM2 sebungkus bagi memenuhi permintaan pengunjung.

Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :