Foto Facebook Majlis Perbandaran Sepang
PBTSELANGOR

Orang ramai dipelawa meriahkan Pesta Pantai Bagan Lalang pada 19, 20 Ogos

Oleh Fhatihah Zakinan

SHAH ALAM, 24 JULAI: Orang ramai dipelawa untuk memeriahkan acara tahunan Pesta Pantai Bagan Lalang@Sepang Beach Festival 2023 selama dua hari pada 19 dan 20 Ogos depan.

Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) memaklumkan program pada 19 Ogos bermula jam 7.30 pagi hingga 11 malam manakala 8 pagi hingga 5 petang pada 20 Ogos.

“Pesta kali ini menyelitkan lebih banyak aktiviti, pertandingan, reruai pelancongan, persembahan dan karnival keusahawanan, selain acara perasmian Pusat Informasi yang akan menarik perhatian ramai pengunjung.

“Antara aktiviti menarik adalah sukan rakyat dan permainan tradisional seperti bola tampar pantai, wau tegak, silat, tarik tali, gusti lengan, memasak kuih bangkit buah naga, bina istana pasir, mewarna, fesyen kanak-kanak,dan band muzik.

“Turut diadakan adalah reruai kraftangan Orang Asli Kaum Temuan, demonstrasi Batik Selangor, ceramah motivasi, cabutan bertuah, Basikal Tolak (PeBS), Merdeka Fun Run dan Fun Ride, serta pencarian harta karun Treasure HuntSDG Trail,” katanya di Facebook.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan program dianjurkan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Penggerak Belia (PeBS), Pusat Wanita Berdaya (PWB), Tourism Malaysia dan banyak lagi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pesta Pantai Bagan Lalang, boleh hubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSepang di talian
03-83190200 / 03-83190300.


Pengarang :