Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kiri) diberi penerangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada majlis taklimat pembangunan Kompleks Islam Gombak Permai, Gombak pada 24 Julai 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pembangunan Kompleks Islam disegera, jadi pusat pendidikan, agama, rekreasi komuniti

Oleh SHAMZ JOHAN

GOMBAK, 24 JULAI: Pembinaan Kompleks Islam bernilai RM25 juta di Kampung Wira Damai akan disegerakan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pembangunan kompleks itu yang menempatkan masjid dan pusat pendidikan akan dimulakan Pemodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

“Kos pembinaan RM25 juta dan ia (pembinaan) akan didahulukan PNSB sebab ini tanah mereka, jadi tak perlu perubahan (tanah).

“Kita akan pastikan pembinaan ini dilakukan segera dan penduduk akan dapat kemudahan,” katanya ditemui pada Majlis Taklimat Pembangunan Kompleks Islam Gombak Permai, Kampung Wira Damai, di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada majlis taklimat pembangunan Kompleks Islam Gombak Permai, Gombak pada 24 Julai 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Datuk Mohd Yazid Sairi; Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim serta Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.

Mengulas lanjut Amirudin berkata kompleks tersebut yang dibina dengan reka bentuk nusantara bakal dilengkapi sekolah rendah agama, pusat komuniti dan kuarters pegawai serta kakitangan.

Selain itu, turut dibina kemudahan rekreasi dan laman aktiviti bagi mengadakan majlis dan program.

Reka bentuk Kompleks Islam Gombak Permai. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Beliau turut bersyukur rancangan pembinaan kompleks itu dapat direalisasikan dan akan menyegerakan pembangunannya.

“Saya anggar ia mengambil masa minimum tiga tahun dari sekarang dan harap ia (kompleks) membantu dan melegakan penduduk di sini malah lebih selesa untuk melakukan ibadah,” katanya.


Pengarang :