Kakitangan Air Selangor menjalankan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) pada 13 Oktober 2021 . Foto Facebook Air Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Negeri belanja RM719 juta ganti paip usang demi keselesaan rakyat

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 27 JULAI: Sejumlah RM719 juta dibelanjakan Kerajaan Negeri bagi menggantikan paip usang di seluruh Selangor demi keselesaan rakyat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata lebih 600 kilometer (km) paip usang ditukar ketika pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Semasa era pentadbiran Pakatan Harapan, jumlah paip yang ditukar ada 615km, jumlah lebih besar berbanding pentadbiran sebelumnya yang hanya menukar 213km sahaja,” katanya menerusi Facebook.

Kelmarin menerusi sesi audio siar Sembang Katup Pintu Amirudin memaklumkan lebih 600 km paip usang selesai diganti pentadbiran negeri secara berfasa sejak 2016 demi keselesaan rakyat.

Ahli Parlimen Gombak itu menjelaskan penggantian paip kritikal diberi keutamaan, namun tidak menafikan ia mengambil sedikit masa berikutan menelan kos yang tinggi.

Sebelum ini Amirudin menjelaskan Selangor mempunyai 30,000km paip, dengan 6,000km kritikal perlu diganti segera, namun dibuat secara berfasa berikutan membabitkan kos tinggi.


Pengarang :