Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program Perkampungan Menara Gading Kebangsaan di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya pada 22 Julai 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lebih 10 juta rakyat B40, M40 bakal terima kredit e-tunai RM100

SHAH ALAM, 27 JULAI: Putrajaya hari ini bersetuju menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan inisiatif tersebut dibuat berikutan kejayaan dan dampak besar program e-tunai kepada masyarakat.

“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan berpendapatan rendah (B40) dan menengah (M40) dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika melancarkan pelan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan belia berumur antara 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi boleh mendaftar untuk menerima kredit RM200 mulai 26 Jun.

 


Pengarang :