Ahli Dewan Negeri Pandan Indah Ir Izham Hashim (tengah, depan) bergambar bersama penduduk selepas menyerahkan 100 bakul makanan di Kampung Perwira Jaya, Ampang Jaya pada 8 Januari 2023. Foto Facebook Ir Izham Hashim
ADNSELANGOR

Izham yakin pertahan DUN Pandan Indah hasil rekod cemerlang negeri

SHAH ALAM, 27 JULAI: Pengerusi Parti Amanah Negara Selangor Ir Izham Hashim yakin dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Beliau yakin rakyat akan terus memberi mandat selepas melihat pelbagai rekod cemerlang dicipta Kerajaan Negeri sepanjang berada di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) termasuk penganjuran pelbagai program kebajikan.

EXCO Industri Asas Tani Ir Izham Hashim berucap pada majlis perasmian graduasi dan penyampaian sijil kepada peserta Farmers Field School di Kelab Shah Alam, Seksyen 13, Shah Alam pada 27 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Saingan itu biasa namun rakyat boleh nampak rekod pencapaian Selangor sepanjang berada di bawah HARAPAN.

“Mungkin ada beberapa lagi belum dilaksana atau selesai sepenuhnya tetapi secara keseluruhan kita berjaya melakukannya dengan baik,” katanya ditemui pada Majlis Graduasi dan penyampaian sijil Sekolah Ladang Petani (FFS) di Kelab Shah Alam di sini, hari ini.

Dalam pada itu, penyandang kerusi DUN Pandan Indah turut berazam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat di kawasan berkenaan dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) bawah pembentukan kerajaan perpaduan.

Ahli Dewan Negeri Pandan Indah Ir Izham Hashim (dua dari kanan) meninjau stok barangan keperluan sempena Program Agihan Bakul Makanan di Pangsapuri Merpati A Pandan Indah, Ampang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 27 Julai 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Dengan kerjasama BN sehingga terbentuknya kerajaan perpaduan, saya yakin akan lebih banyak kebaikan dapat dilaksana kepada rakyat.

“Kebaikan bersatu padu ini adalah demi memastikan negeri dan negara stabil dengan memfokuskan kepada perkhidmatan,” katanya.

Hari penamaan calon pilihan raya negeri Selangor, dan lima negeri lain, ditetapkan pada 29 Julai ini. Hari mengundi pula pada 12 Ogos.

Wakil rakyat Pandan Indah Ir Izham Hashim (kiri) meninjau projek longkang yang siap dinaik taraf bagi mengatasi masalah banjir kilat di Taman Kencana, Pandan Indah. Foto Facebook Izham Hashim

Pengarang :