Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkongsi kejayaan lima tahun pentadbiran Pakatan Harapan di Selangor melalui Twitter beliau pada 28 Julai 2023. Foto Twitter Amirudin Shari
AGENDANASIONAL

Lima tahun Selangor gemilang, kekayaan diagih kepada rakyat

SHAH ALAM, 29 JULAI: Selangor menikmati pencapaian gemilang sepanjang lima tahun pentadbiran meski berdepan pelbagai krisis paling mencabar dalam sejarah.

Namun, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pentadbiran negeri berupaya bangkit dari krisis kesihatan, ekonomi dan ketidakstabilan peringkat persekutuan.

“Negeri ini bangkit dan membuktikan pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) adalah pentadbiran yang teruji, tahan uji, dan terbukti berjaya membela rakyat,” katanya pada 28 Julai.

Berkongsi kejayaan itu di Twitter, beliau berkata Selangor penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negeri Kasar negara, lebih satu perempat ekonomi negara pada kadar 25.5 peratus pada 2022.

Beliau berkata kejayaan itu hasil ketekunan dan perancangan berpasukan termasuk penjawat awam untuk meletak Selangor enjin ekonomi negara seterusnya negeri terunggul di Asia Tenggara.

Beliau berkata hasil kekayaan digih semula kepada rakyat melalui inisiatif merangkumi segenap lapisan dari bayi hingga warga emas antaranya pemberian air, vaksin dan insurans percuma.

“Kita akan terus bekerja bersama-sama memakmurkan Selangor, memacu ekonomi dan mensejahterakan rakyat untuk tempoh lima tahun mendatang,” kata pengerusi HARAPAN negeri itu.

Berikut grafik yang dikongsikan mengenai kejayaan lima tahun pentadbiran Pakatan Harapan Selangor :


Pengarang :