Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hadir memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan (HARAPAN) DUN Taman Templer Anfaal Saari pada 29 Ogos 2023. Foto Facebook Fahmi Fadzil
AGENDANASIONAL

Hormati bulan kemerdekaan, jangan berkempen isu sensitif

GOMBAK, 29 JULAI:  Calon pilihan raya negeri diingatkan bertanding secara sihat dan tidak berkempen menggunakan isu sensitif bagi menghormati bulan kemerdekaan.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata meskipun negara mengamalkan demokrasi dan bebas berekspresi, namun ia tidak boleh melanggar batas undang-undang.

“Kita bebas berbicara dan berekspresi namun batas undang-undang, adab dan tatasusila mesti dijaga. Kita raikan demokrasi dan mahu bertanding secara sihat.

“Jangan mengadu domba dan memecah-belahkan masyarakat. Kita diambang menyambut Merdeka dan Hari Malaysia. Jangan salah guna media sosial dengan memainkan isu agama, raja dan kaum sepanjang kempen,” katanya.

Terdahulu beliau hadir memberikan sokongan kepada calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican yang mewakili Barisan Nasional (BN) serta calon DUN Rawang Chua Wei Kiat dan calon DUN Taman Templer Anfaal Saari yang mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN).

Fahmi berkata ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) melaporkan hampir 100,000 kandungan bersifat perkauman atau mengadu domba dimuat naik di media sosial.

“Kali ini sekiranya ada pihak salah guna media sosial dengan letakkan kandungan bersifat 3R pihak berkuasa sedia ambil tindakan,” katanya.


Pengarang :