Anggota polis melakukan kawalan di sekitar Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Kuang, N14 Rawang dan N15 Taman Templer di Pejabat Majlis Perbandaran Selayang pada 29 Julai 2023. Foto Bernama
AGENDAJENAYAH

Polis Selangor lulus 74 permit kempen, ceramah PRN takat semalam

SHAH ALAM, 30 Julai: Polis Selangor mengeluarkan 74 permit seluruh negeri bagi mengadakan kempen serta ceramah Pilihan Raya Negeri (PRN), setakat semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata data berkenaan diperoleh hasil pemantauan yang dilaksanakan pihaknya, dengan 34 daripadanya melibatkan aktiviti kempen manakala selebihnya merupakan ceramah.

“Tiada sebarang pengesanan kempen atau ceramah tanpa permit setakat ini. Polis menasihatkan kepada calon yang bertanding dan masyarakat, sentiasa menghormati dan mematuhi lunas undang-undang yang ditetapkan sepanjang PRN Ke-15 ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein turut mengingatkan agar calon mengelakkan daripada menyentuh isu 3R (agama, raja dan kaum) dan membuat sebarang provokasi yang boleh menimbulkan insiden tidak diingini, sekali gus menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

– BERNAMA


Pengarang :