Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua dari kanan) menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 PPD Petaling Perdana yang diadakan di Dewan SJKC Shin Cheng (Harcroft), Puchong pada 01 OGOS 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB sampaikan anugerah khidmat cemerlang, harap warga pendidik terus bersemangat

PETALING, 1 OGOS: Seramai 982 guru yang mengajar di sekolah sekitar Petaling Perdana serta pegawai pejabat pendidikan daerah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 hari ini.

Anugerah disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Shin Cheng, Puchong di sini sebagai pengiktirafan kepada golongan berkenaan dalam mendidik anak bangsa.

Amirudin dalam ucapannya menzahirkan penghargaan terhadap segala usaha, komitmen dan pengorbanan diberikan warga pendidik dalam proses melahirkan pelajar cemerlang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersalaman bersama guru-guru pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 PPD Petaling Perdana yang diadakan di Dewan SJKC Shin Cheng (Harcroft), Puchong pada 01 OGOS 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Penerima bukan dipilih secara semberono, suka-suka namun berdasarkan kriteria yang dilihat menerusi pelbagai aspek antaranya kesungguhan dalam tugasan, keterlibatan sosial serta menampilkan integriti tinggi dan komitmen penuh.

“Semoga kejayaan ini menjadi contoh dan semangat baharu kepada golongan pendidik serta mewujudkan persaingan sihat demi membantu pembangunan negara,” katanya merasmikan majlis berkenaan.


Pengarang :