ADNSELANGOR

Wan Zulaika tekad tingkat pendidikan Orang Asli di DUN Semenyih

Oleh AMIRUL FAZLI

SEMENYIH, 3 OGOS: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih komited meningatkan kemudahan awam di penempatan Orang Asli jika menang pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini.

Wan Zulaika Anua berkata beliau selain menambah baik kemudahan untuk keselesaan penduduk, beliau juga akan menyediakan pusat komputer selain melantik guru bahasa inggeris untuk mengajar anak Orang Asli.

“Saya mahu pastikan masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan dalam pelajaran. Jika saya dipilih sebagai wakil rakyat nanti, saya telah merangka gerak kerja untuk masyarakat Orang Asli.

“Insya-Allah berilah saya peluang. Saya berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di DUN Semenyihi” kata calon berusia 49 tahun itu ketika ditemui menyantuni masyarakat Orang Asli di Eco Venture hari ini.

Dalam PRN Selangor, calon BN akan bertanding menentang wakil Perikatan Nasional (PN) Nushi Mahfodz.


Pengarang :