Orang ramai bersorak ketika mendengar ceramah Jelajah Madani peringkat DUN Lembah Jaya di Kampung Tasik Tambahan, Ampang Jaya pada 3 Ogos 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/ SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

HARAPAN-BN miliki prestasi baik, sokong demi kestabilan politik

SHAH ALAM, 5 OGOS: Pengundi Selangor diminta menyokong calon Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) berikutan kedua-dua gabungan itu memiliki prestasi baik dalam mentadbir negeri.

Naib presiden Umno berkata kestabilan politik dan pemimpin berkebolehan juga penting sebagai asas membentuk kerajaan negeri dan persekutuan yang berkesan, lapor New Straits Times.

“Selangor ditadbir BN selama 60 tahun, kemudian kita kalah dan diambil alih HARAPAN. Kita tengok mereka (HARAPAN) juga boleh membangunkan negeri dengan baik,” kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ditemui ketika beramah mesra dengan orang ramai Pasar Tani AU2 bersama calon Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli, beliau menambah pentadbiran stabil akan memacu ekonomi dan memanfaatkan rakyat.

Dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos, Juwairiya bersaing satu lawan satu menentang bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dari Perikatan Nasional.

 


Pengarang :