Calon Pakatan Harapan DUN Bukit Melawati Thiban Subramaniam bersalaman bersama penyokong selepas penamaan calon di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 29 Julai 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI.
ADNSELANGOR

Calon Bukit Melawati sahut cabaran jika diajak berdebat

KUALA SELANGOR, 6 OGOS: Calon Bukit Melawati sedia berdebat dengan saingannya jika ada mana-mana organisasi bukan kerajaan (NGO) mahu menganjurkan program tersebut.

Thiban Subbramaniam yakin pendekatan itu mampu membantu pengundi khususnya golongan muda membuat keputusan untuk memilih calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit.

“Saya tak pasti bagaimana pihak sebelah sana sebab di sini satu lawan satu.

“Sekiranya ada pihak sama ada NGO anak muda yang ingin anjurkan debat untuk kedua-dua calon, saya bersedia dan kita boleh berlawan dengan fakta dan idea supaya rakyat, anak muda boleh buat keputusan tepat,” katanya.

Calon Bukit Melawati Thiban Subbramaniam pada majlis bersama Pekawanis di Pejabat Umno bahagian Kuala Selangor pada 6 Ogos 2023. Foto NAZLI IBRAHIM/SELANGORKINI

Dalam perkembangan itu, Thiban akan mengadakan sesi sembang santai melalui aplikasi TikTok mulai hari ini bagi membuka ruang untuk anak muda mengemukakan apa sahaja soalan.

“Saya tahu ramai anak muda main TikTok. Saya nak buka platform untuk mereka bertanya secara langsung untuk saya jawab supaya mereka boleh menilai apa kebolehan calon mereka,” katanya.

Thiban berdepan calon Perikatan Nasional dari Bersatu, Noorazley Yahya dalam pertembungan satu lawan satu pada pilihan raya negeri nanti.


Pengarang :