Calon BN DUN Kuang Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican memperkenalkan dirinya di hadapan kira-kira 50 peserta kursus pemasaran TikTok For Lady Boss anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) Kuang pada 6 Ogos 2023. Foto Twitter Hasnal Rezua Merican
ADNSELANGOR

Hasnal Rezua mahu usahawan Kuang manfaat media sosial, kembang produk

SHAH ALAM, 6 OGOS: Calon Kuang mahu usahawan di kawasan itu memanfaatkan media sosial bagi menonjolkan produk dan meningkatkan hasil jualan masing-masing.

Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican menyeru perkara itu ketika hadir pada kursus pemasaran TikTok For Lady Boss anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) Kuang hari ini.

“Media sosial berperanan penting untuk menonjolkan lagi produk yang diusahakan usahawan. Saya harap peserta dapat ilmu baharu melalui kursus ini,” katanya.

Program yang berlangsung di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Damai, Rawang disertai kira-kira 50 peserta.

Memasuki hari kesembilan kempen pilihan raya negeri (PRN), Ketua Umno Bahagian Selayang mengadakan walkabout di pasar tani Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Hasnal Rezua yang juga peguam bela dan peguam cara kemudian meninjau program PEKA B40 medical camp di Ladang Baru.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Hasnal Rezua (Barisan Nasional), Sallehudin Amiruddin (Bebas) dan Mohd Rafiq Mohd Abdullah (Perikatan Nasional).


Pengarang :