Orang ramai membeli pelbagai barangan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) Parlimen Kota Raja di Surau Kampung Pandan, Kampung Jawa pada 25 Julai 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kedudukan kewangan kukuh, Selangor lanjut jualan murah hingga hujung tahun depan

PETALING JAYA, 7 OGOS: Program jualan murah barangan asas yang diperkenal pada September tahun lalu bakal dilanjutkan hingga hujung tahun depan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah meneruskan Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang kini mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup didokong faktor kedudukan kewangan negeri yang kukuh.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Dataran Anak Muda Jalan PJS 1/25, Petaling Jaya pada 6 Ogos 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Dulu sempat saya bergurau (ketika) telur tak ada. Saya pastikan bekalan telur selamat. Bukan hanya selamat di pasaran tapi bawa kepada penduduk dengan lori, dengan harga murah.

“Alhamdulillah sekarang JER beri bantuan daripada lima kepada 16 barang untuk rakyat Selangor. Empat juta rakyat Selangor dianggarkan dapat nikmat program ini,” katanya berucap di program Ceramah Umum Perpaduan DUN Taman Medan malam tadi.

JER dikendalikan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Setakat Julai, penganjuran JER diadakan di lebih 2,400 lokasi dengan mencatat nilai jualan sebanyak RM60 juta termasuk pemberian subsidi bersasar lebih RM20 juta dari Kerajaan Negeri.

Orang ramai membeli barangan keperluan sempena Program Jualan Ehsan Rahmah Parlimen Ampang di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Ampang pada 12 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengarang :