Calon Pakatan Harapan DUN Permatang Mohd Yahya Mat Sahri bersama wakil penduduk meninjau masalah taman rekreasi berlubang yang boleh membahayakan kanak-kanak di Taman Suria Indah, Tanjong Karang pada 7 Ogos 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Pak Ya hasrat tingkat kemudahan sukan, penuhi keperluan anak muda

TANJONG KARANG, 7 OGOS: Kemudahan sukan dan riadah bakal dipertingkat bagi memenuhi keperluan golongan muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang.

Calonnya Mohd Yahya Mat Sahri berkata inisiatif itu termasuklah membangun dan menaik taraf dewan, padang dan gelanggang bagi memupuk gaya hidup sihat dengan bersukan.

Calon Permatang Mohd Yahya Mat Sahri bercakap dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan di Tanjong Karang pada 7 Ogos 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Utara Selangor termasuk DUN Permatang melahirkan ramai bintang sukan seperti Amri Yahyah yang berasal Kampung Parit Serong dan Safiq Rahim di Ijok, Kuala Selangor.

“Adanya fasiliti sukan yang cukup mampu melahirkan bintang baru,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan di sini hari ini.

Mohd Yahya yang mesra disapa Pak Ya menambah, satu kajian pembangunan bagi mengenal pasti keperluan berkenaan akan dijalankan sebelum dikemukan kepada pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan Negeri.

Calon HARAPAN DUN Permatang Mohd Yahya Mat Sahri atau Pak Ya sedang menganyam ketupat ketika singgah menyantuni orang ramai di Warung Ketupat Yan di Kampung Ujong Permatang, Tanjong Karang pada 3 Ogos 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Selain usaha memperkasa kemudahan sukan, Mohd Yahya sebelum ini turut berhasrat merancakkan ekonomi penduduk dengan mewujudkan program satu kampung, satu produk usahawan.

 


Pengarang :