Calon Permatang Mohd Yahya Mat Sahri bercakap dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan di Tanjong Karang pada 7 Ogos 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Karnival Sukan Rakyat ke-10 DUN Permatang dianjur selepas PRN

TANJUNG KARANG, 7 OGOS: Karnival Sukan Rakyat (Kasura) kali ke-10 yang ditunggu-tunggu penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang akan diadakan selepas pilihan Raya negeri berakhir.

Calon Permatang Mohd Yahya Mat Sahri atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ya berkata temasya ‘mini Sukma’ itu disertai kampung-kampung di DUN Permatang.

“Konsep Kasura ini seperti Sukma kampung yang mempertandingkan pelbagai acara. Syaratnya setiap kampung perlu hantar kontinjen sekurang-kurangnya untuk lima acara sukan,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama DUN Permatang, hari ini.

Antara sukan dipertandingkan termasuk bola sepak, futsal, bola jaring, sepak takraw dan badminton selain permainan dalam dewan.

Idea mengadakan Kasura dicetuskan Pak Ya sendiri ketika berkhidmat sebagai Penyelaras DUN antara 2009 hingga 2013 bertujuan mengeratkan hubungan penduduk kampung selain mencungkil bakat muda dalam sukan.

“Utara Selangor termasuk DUN Permatang melahirkan ramai bintang sukan seperti Amri Yahyah berasal Kampung Parit Serong dan Safiq Rahim di Ijok, Kuala Selangor,” katanya.


Pengarang :