Petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan telinga terhadap salah seorang peserta Selangor Saring sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Gombak di tapak bazar Ramadan Taman Melawati, Gombak pada 25 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Negeri tawar rawatan asas, insurans percuma bantu rakyat memerlukan

Tulisan ini dipetik daripada Laporan Pencapaian dan Prestasi Kerajaan Negeri Selangor 2018-2023 yang boleh didapati di laman amirudinshari.com

SHAH ALAM, 8 OGOS: Negeri maju memerlukan penduduk sihat supaya dapat membangunkan bakat dan meningkatkan produktiviti.

Justeru, Kerajaan Negeri menyediakan lebih 10 inisiatif dalam Iltizam Kesihatan Selangor (IKS), di bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP).

Sebelas program IKS itu termasuklah Bantuan Sihat Selangor, Selangor Saring, Pemeriksaan Kesihatan Mata dan Saringan Selangor Kanser (Selcan).

Program-program kesihatan negeri banyak membantu golongan berpendapatan rendah (B40) menerima rawatan dan pemeriksaan.

Antara program yang banyak memberi faedah kepada golongan B40 ialah Iltizam Selangor Sihat, Selangor Saring dan Bantuan Sihat Selangor:

Iltizam Selangor Sihat (ISS)

Petugas memberi penerangan kepada salah seorang pengunjung berhubung inisiatif Iltizam Selangor Sihat sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Gombak di tapak bazar Ramadan Taman Melawati, Gombak pada 25 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
  • ISS memberi manfaat 79,084 orang pada 2022
  • fasa pertama ISS berlangsung antara Mei hingga September 2022
  • seramai 26,541 orang terima manfaat
  • babit peruntukan RM45 juta
  • ditambah baik daripada program Skim Insuran Peduli Sihat
  • lebih ramai golongan B40 dapat dibantu
  • perkhidmatan rawatan asas, manfaat insurans dan vaksinasi kepada 100,000 pemegang polisi utama
  • 150,000 ahli keluarga berdaftar turut peroleh manfaat
  • manfaat rawatan asas sehingga RM500 setahun bagi keluarga dan RM250 setahun bagi individu
  • rawatan boleh dilakukan di klinik Selcare dan klinik panel terpilih seluruh negeri
  • manfaat perlindungan takaful seperti kematian semula jadi, kematian atau kecacatan kekal akibat kemalangan, penyakit kritikal sebanyak RM5,000 dan khairat kematian sebanyak RM1,000
  • fasa kedua ISS bermula Februari tahun ini

Selangor Saring

 

Orang ramai menunggu giliran menjalani pemeriksaan kesihatan percuma menerusi program Selangor Saring sempena Jelajah kita Selangor Penyayang daerah Petaling di Sekolah Rendah Agama Kampung Medan 2, Petaling Jaya pada 12 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
  • saringan kesihatan percuma
  • ujian tekanan darah, air kencing dan kandungan gula secara percuma
  • dilaksana di 56 Dewan Undangan Negeri
  • rekod sebanyak 54, 640 pendaftaran dan permohonan saringan pelbagai ujian
  • Kerajaan Negeri peruntuk RM1.5 juta

Bantuan Sihat Selangor

  • bantuan kewangan sehingga RM5,000 untuk golongan kurang mampu
  • rawatan dialisis, alat perubatan, katarak, pembedahan kecil dan kaki palsu
  • Kerajaan Negeri peruntuk RM5 juta

Pengarang :