Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika ceramah Arus Merah Kuning di Al Rashid Arena, Sungai Kelambu Kuala Langat pada 8 OGOS 2023. Foto FITRI HAZIM HAZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

HARAPAN pertahan Melayu, pengundi diingat tidak terpengaruh sentimen kaum

KUALA LANGAT, 8 OGOS: Pakatan Harapan (HARAPAN) tetap akan mempertahankan institusi Melayu walaupun didakwa sebaliknya oleh pembangkang.

Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai isu untuk dimainkan sebaliknya lebih kepada serangan politik dengan membawa naratif kaum dan agama.

“Saya dari KEADILAN adalah Melayu, pemimpin utama saya Melayu, rakan kongsi utama kita dari Amanah 99 peratus Melayu, daripada Umno 101 peratus orang Melayu.

“Kita tidak pernah sekali gadai nasib serta masa depan orang Melayu dan kita tetap pertahankan orang Melayu dalam negara dan negeri kita.

“Isu tulisan Jawi dahulu, arahan jelas dari saya tulisan Jawi dan rumi sahaja yang jadi papan tanda jalan, keputusan HARAPAN disokong DAP dan Amanah. Jadi, orang Melayu tidak perlu rasa tergugat,” katanya.

Beliau berucap di hadapan ratusan penduduk pada ceramah Arus Merah Kuning di sini malam tadi.

Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad ketika menyertai ceramah Arus Merah Kuning di Al Rashid Arena, Sungai Kelambu Kuala Langat pada 8 OGOS 2023. Foto FITRI HAZIM HAZAM/SELANGORKINI

Dato’ Menteri Besar turut mengingatkan pengundi tidak terpengaruh dengan sentimen perkauman yang dimainkan PN pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

“Kalau kita pilih PN suara orang Melayu akan menjadi suara pembangkang. Orang Melayu selaku kaum majoriti kena jadi kerajaan.

“Nak jadi kerajaan di Selangor dan persekutuan, orang Melayu kena sokong Kerajaan Perpaduan,” katanya.


Pengarang :