Ratusan pengunjung menunjukkan isyarat tangan dan melaungkan slogan ‘kekal lima tahun’ pada festival Arus Merah Kuning di Uptown Sri Gombak pada 8 Ogos 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lebih 500 pengunjung laung slogan kekal lima tahun di Festival Merah Kuning Gombak Setia

OLEH SHAMZ JOHAN

GOMBAK, 9 OGOS: Laungan Kekal Lima Tahun bergema dalam Festival #ArusMerahKuning @ Gombak Setia di Uptown Sri Gombak, malam tadi.

Lebih 500 pengunjung hadir pada program yang turut menampilkan persembahan artis Shakirah Amanda, Tomok, Salma Mentor, Ezad Lazim, Zamani dan artis veteran, Nash.

Tamat persembahan, calon Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin memulakan ceramah disusuli calon Sungai Tua Dato’ Seri Amirudin Shari yang tiba kira-kira jam 12 malam.

Turut hadir menyampaikan ceramah ialah Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony.

Festival #ArusMerahKuning @ Sungai Tua akan dianjurkan hari ini di Dataran Sungai Tua dan disusuli Hulu Kelang pada Khamis (lokasi akan dimaklumkan kemudian).


Pengarang :