Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing bersama calong Permatang Mohd Yahya Mat Sahri pada majlis perjumpaan dengan masyarakat Cina di Restoran River View pada 10 Ogos 2023. FOTO NAJAMUDDIN MOHD NOR/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Permatang bakal jadi destinasi tumpuan pelancong di Selangor

OLEH NAJAMUDDIN MOHD NOR

KUALA SELANGOR, 11 OGOS: Menteri Pelancongan Seni dan Budaya memberi jaminan akan menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang sebagai destinasi tumpuan pelancong di Selangor.

Datuk Seri Tiong King Sing berkata, beberapa kawasan di Permatang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan sekali gus dapat merancakkan ekonomi masyarakat setempat.

“Banyak tempat menarik boleh dijadikan tarikan pelancong seperti melihat keindahan Sungai Selangor dengan menaiki bot, promosi restoran-restoran makanan laut dan juga membangunkan agro pelancongan,” ucapanya di majlis perjumpaan dengan masyarakat Cina di Restoran River View di sini semalam.

Beliau yang hadir bagi membantu kempen calon DUN Permatang Mohd Yahya Mat Sahri atau Pak Ya berkata, rakyat mesti mengundi calon Kerajaan Perpaduan bagi membolehkan pembangunan pelancongan secara bersepadu bersama kerajaan pusat di kawasan itu.

“Pembangunan pelancongan tidak dapat dilakukan secara bersepadu jika calon kerajaan kalah di Permatang.

“Jadi kenalah undi Pak Ya calon no 1 sebagai wakil rakyat pada 12 Ogos ini,” katanya.

Sementara itu Pak Ya berkata, kehadiran King Sing menunjukkan Kerajaan Perpaduan serius untuk menjadikan Permatang sebagai destinasi pelancongan di Selangor.

 


Pengarang :