SHAH ALAM, 11 OGOS: Dato’ Menteri Besar mengumumkan cuti peristiwa pada Isnin depan sekiranya Kerajaan Perpaduan terus mengekalkan pentadbirannya di Selangor pada pilihan raya negeri (PRN).
“Dengan berbesar hati juga saya ingin mengumumkan bahawa sekiranya Gabungan Perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional berjaya memenangi PRN Selangor pada 12 Ogos ini dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor, kita bersetuju untuk isytiharkan cuti peristiwa buat seluruh rakyat Negeri Selangor pada 14 Ogos 2023 iaitu pada hari Isnin depan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.
Pengumuman dibuat menerusi amanat khas yang disiarkan secara langsung pagi ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan esok sebagai hari mengundi enam negeri iaitu Selangor melibatkan 56 DUN, Pulau Pinang (40), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Kelantan (45) dan Terengganu (32).