Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program Ramah Mesra Perpaduan Semenyih #KitaSelangor di Dewan Semarak Kasih Dataran Dato’ Mohd Said Semenyih, Kajang pada 9 Ogos 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor terus tunai lima tawaran penting dalam 100 hari

SHAH ALAM, 11 OGOS: Kerajaan Perpaduan di Selangor akan terus melaksanakan manifestonya dalam tempoh 100 hari selepas dibentuk dengan mengutamakan lima tawaran penting:

1. Menghargai wanita bekerja dengan pemberian RM1,000 kepada 5,000 wanita bagi mengurangkan kos penjagaan anak-anak.

2. Melaksanakan pengecualian cukai pintu untuk rumah kampung dan rumah kos rendah.

3. 1,000 mahasiswa Negeri Selangor akan terima baucar buku Kita Selangor bernilai RM200

4. Menaikkan elaun imam (RM1,600), bilal (RM700) dan siak (RM500).

5. 500 petani, pesawah dan nelayan akan terima Insentif Pertanian dan Perikanan Kita Selangor berjumlah RM1,000.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebagai pentadbir, Kerajaan Negeri perlu tangkas, cekap dan berwibawa selain cekal menghadapi cabaran dalam usaha mengangkat Selangor dan rakyatnya ke tahap lebih gemilang.

“Kerajaan Negeri perlu menyelesaikan permasalahan rakyat dan menawarkan solusi kepada perkara serta cabaran yang bakal dihadapi,” katanya ketika menyampaikan amanat khas secara langsung hari ini.

Pada 31 Julai, Amirudin yang juga pengerusi HARAPAN negeri melancarkan Tawaran Kita Selangor yang merangkumi banyak sektor penting bagi meneruskan kemajuan sedia ada.

Sebahagian kandungan yang terdiri daripada lima teras telahpun dimulakan pentadbiran Dato’ Menteri Besar itu manakala ada program termuat dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).


Pengarang :