Tangkap layar portal PRN yang memaparkan keputusan masa nyata 56 Dewan Undangan Negeri
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

LANGSUNG: Ikuti keputusan semasa 56 DUN dalam PRN Selangor

SHAH ALAM, 12 OGOS: Media Selangor Sdn Bhd membawakan perkembangan terkini pilihan raya negeri (PRN) melalui portal khas termasuk keputusan masa nyata semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kiraan undi bermula selepas semua pusat mengundi di seluruh negeri ditutup jam 6 petang. Tekan butang berikut untuk perkembangan keputusan: https://prn.selangorkini.my/keputusan.

Portal itu turut dilengkapi fungsi analisis yang memaparkan perbandingan data semua kerusi merangkumi penyandang, jumlah dan demografi pengundi, pola pengundian serta sejarah pilihan raya.

Dibangunkan anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), portal tersebut dilancar Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di pejabat Media Selangor pada 10 Julai.


Pengarang :