Penduduk di kawasan terjejas mengambil bekalan air disediakan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor). Foto Facebook AIR SELANGOR
AGENDANASIONAL

Status pemulihan bekalan air di enam kawasan terjejas hampir 75 peratus

SHAH ALAM, 13 OGOS: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas mencapai 74.6 peratus bagi kumpulan satu manakala 15.2 peratus bagi kumpulan dua setakat 6 petang.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan tempoh masa pemulihan adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Air Selangor melalui Facebook berkata pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/

“Air Selangor terus menggerakkan lori tangki ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air ini menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300,” kata kenyataan itu.

Semalam, operasi LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2 dan SSP3 terjejas berikutan kekeruhan air mentah yang tinggi akibat aliran kepala air.

Susulan itu, pengguna di enam wilayah iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam, Klang dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air bersih.

Senarai kawasan yang masih belum pulih boleh disemak di lampiran berikut:


Pengarang :