SHAH ALAM, 13 OGOS: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas mencapai 81.8 peratus bagi kumpulan satu dan 23.9 peratus bagi kumpulan dua setakat jam 9 malam.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan tempoh masa pemulihan adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung lokasi dan jarak premis pengguna.
Air Selangor berkata pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/
“Air Selangor terus menggerakkan lori tangki ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air ini menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300,” kata kenyataan itu menerusi Facebook.
Semalam, operasi LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2 dan SSP3 terjejas berikutan kekeruhan air mentah yang tinggi akibat aliran kepala air.
Susulan itu, pengguna di enam wilayah iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam, Klang dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air bersih.
Senarai kawasan yang masih belum pulih boleh disemak di lampiran berikut: