PBTSELANGOR

MBSA anjur sayembara menulis cerpen, tawar hadiah wang tunai

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 14 OGOS : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mempelawa para remaja menyertai sayembara menulis cerpen sempena Hari Kebangsaan 2023 yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM2,000.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan dua kategori dipertandingkan iaitu kategori A bagi remaja berusia 13 hingga 15 tahun dengan tema Malaysia Tanah Airku dan kategori B (16 hingga 18 tahun) bertemakan Aku dan Malaysia.

“Untuk kategori A, johan akan menerima wang tunai RM300, RM200 (naib johan), RM100 (ketiga) dan tiga hadiah saguhati (RM50).

“Bagi kategori B, johan akan menerima wang tunai RM400, RM 300 (naib johan), RM200 (ketiga) dan tiga hadiah saguhati (RM100). Setiap pemenang akan menerima sijil penyertaan,” maklum MBSA di Facebook.

Tambahnya tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 Ogos dan keputusan akan diumumkan pada September melalui Facebook MBSA.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA Farah Izzani Ramlan di nombor 03-5522 2732 atau imbas kod di poster pertandingan untuk mengisi borang penyertaan dan memuat naik cerpen.


Pengarang :