SHAH ALAM, 14 OGOS: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menganjur Kuiz Komuniti Merdeka sempena Bulan Kebangsaan dengan menawarkan hadiah keseluruhan sehingga RM2,000.
Pertandingan itu terbuka kepada penduduk di kawasan pentadbiran Subang Jaya dan penyertaan adalah secara individu.
“Peluang yang dinanti kembali lagi cergaskan minda anda dengan menyertai kuiz ini. Hanya imbas kod QR tertera dan jawab dengan tepat.
“Jawapan yang tepat dan pantas berpeluang memenangi wang tunai RM100. Namun, jika peserta tidak berjaya pada siri 1 dan 2 nantikan siri 3 minggu depan,” maklum MBSJ di Facebook.
Peserta juga digalakkan menyebarkan kepada rakan-rakan berkenaan kuiz itu selain mengikuti laman media sosial MBSJ sebagai syarat wajib penyertaan.
Setiap peserta perlu mengikuti akaun media sosial rasmi MBSJ Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya, Instagram dan Twitter (@sjcitycouncil).