PBTSELANGOR

Langsai cukai taksiran sebelum 31 Ogos untuk elak denda

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 15 OGOS: Pemilik harta bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diingatkan untuk membayar cukai taksiran selewat-lewatnya 31 Ogos bagi mengelak denda.

Menurut Unit Komunikasi Korporatnya, sejumlah RM176.966 juta cukai semasa dan tunggakan dikemas kini bagi tempoh Julai hingga Disember 2023 melibatkan 277,375 pemegang harta.

Jelasnya, semakan bil boleh dibuat melalui https://ecukai.mbpj.gov.my/mbpjesalinanbil dan bayaran secara dalam talian di laman ePay@MBPJ atau aplikasi eCukai@MBPJ.

“Pihak Majlis menggalakkan pemilik harta membuat pembayar secara dalam talian dan sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada [email protected],” katanya dalam kenyataan.

Kaedah bayaran lain termasuk di kaunter Bank Rakyat atau perbankan internet seperti Maybank2u,
Ambank online, RHB Online, Bank Islam online dan JomPay (Biller Code: 76737).

Untuk maklumat lanjut, layari www.mbpj.gov.my atau Facebook, Twitter dan Instagram atau hubungi Jabatan Perbendaharaan MBPJ di talian 03 7956 3544 sambungan 102/103/108/109.

 


Pengarang :