Wakil Lembaga Zakat Selangor (LZS) Zainuddin Johari (kiri) menyerahkan cek cura kepada Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) Nur Mohd Razali Abdullah sambil disaksikan ikon Mahabbah YIDE Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Foto Facebook Yayasan Islam Darul Ehsan – YIDE
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Zakat Selangor sumbang RM850,000 bantu 25 rumah anak yatim kendalian YIDE

SHAH ALAM, 16 OGOS: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menerima sumbangan RM850,000 bagi membantu 25 rumah kebajikan anak yatim di negeri ini.

Pengurus Besarnya Nur Mohd Razali Abdullah berkata sumbangan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu membolehkan pihaknya membayar kos utiliti dan juga pengoperasian rumah berkenaan.

“Agihan setiap rumah berbeza berdasarkan bilangan penghuni anak yatim. YIDE mengucapkan terima kasih kepada LZS atas sumbangan yang diberikan.

“YIDE percaya sumbangan diterima ini akan meringankan beban dan kos operasi harian rumah kebajikan ini,” katanya menerusi Facebook semalam.

Terdahulu beliau menerima cek cura sebagai simbolik sumbangan daripada LZS melalui wakilnya Zainuddin Johari yang disaksikan ikon Mahabbah YIDE Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.


Pengarang :