PBTSELANGOR

MPKj pelawa taman perumahan sertai pertandingan kejiranan terbaik

Oleh AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 16 OGOS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mempelawa taman perumahan di bawah pentadbirannya menyertai Pertandingan Kejiranan Terbaik peringkat Majlis Perwakilan Penduduk 2023.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu berkata terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu perumahan teres, perumahan bertingkat kos sederhana dan perumahan bertingkat kos rendah.

“Hadiah wang tunai menanti pemenang dan mereka yang berjaya mendapat tempat pertama dalam setiap kategori akan memperoleh satu set komputer dan satu unit pencetak.

“Tempat pertama akan menerima RM5,000. Tempat kedua hingga kelima juga memenangi wang tunai,” katanya menerusi Facebook.

Penyertaan bermula dari 7 sehingga 28 Ogos 2023.

Penduduk yang berminat boleh memuat turun borang penyertaan di laman sesawang MPKj, https://www.mpkj.gov.my/ms atau hubungi 017-3487532 (urusetia).


Pengarang :