Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional selepas memenangi pilihan raya negeri ke-15 di Hotel Wyndham, Klang pada 12 Ogos 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

RS-1 jadi panduan gerak kerja, pentadbiran negeri usaha penuhi manifesto

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 16 OGOS: Pentadbiran negeri baharu yang bakal dibentuk akan meneruskan dasar dan polisi sedia ada termasuk pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Ahli Dewan Negeri Pandan Indah Ir Izham Hashim berkata Kerajaan Negeri juga akan berusaha memenuhi lima Tawaran Kita Selangor dalam tempoh 100 hari seperti dijanjikan.

“Dasar atau polisi yang baik dan berguna untuk rakyat kita akan teruskan tetapi ada dasar atau inisiatif baharu juga bakal diperkenal kelak.

“Kita ada RS-1 sebagai panduan dan Tawaran Kita Selangor: Lima Tekad Untuk Lima Tahun, Insya-Allah itu asas kepada gerak kerja kita kelak,” katanya ketika dihubungi.

Dalam perkembangan lain, Ir Izham berkata Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor akan menilai (post-mortem) di kerusi tewas majoriti tipis dalam dalam pilihan raya negeri (PRN) lalu.

“Banyak faktor mempengaruhi keputusan termasuk peratusan mengundi yang rendah antaranya ia hanya PRN bukan pilihan raya umum. Kita akan teliti juga faktor-faktor lain,” katanya.

Pada PRN yang berlangsung Sabtu lalu, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Selangor menang 34 daripada 56 kerusi, sekali gus kembali membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.


Pengarang :