AGENSISELANGOR

STDC pelawa sertai kursus penyaman udara, fesyen bagi sesi September

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 17 OGOS: Anak Selangor berusia antara 16 hingga 30 tahun dipelawa melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC).

Menerusi maklumat di Facebook, pengambilan sesi September bawah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkemahiran tinggi menawarkan kursus penyaman udara tahap tiga.

Pelajar juga boleh menyertai kursus rekaan fesyen tahap dua dengan penajaan daripada Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS).

“Permohonan kemasukan pelajar untuk sesi September 2023 masih dibuka. Jom belajar kemahiran di STDC,” menurut institusi berkenaan.

Sebarang pertanyaan hubungi 03-3281 2621, www.wasap.my/60193424111/daftarSTDC dan www.wasap.my/601157535792/daftarSTDC atau mendaftar menerusi pautan https://forms.gle/eZChSRUS5gjpxFjAA.

STDC adalah institusi pendidikan teknikal bawah Kerajaan Negeri yang menawarkan pelbagai latihan kemahiran berkualiti dan berdampak tinggi ke arah revolusi industri 4.0.


Pengarang :